Dasar Privasi

Dasar Privasi

Berkuatkuasa mulai 9 Mei, 2020

Dasar Privasi memaklumkan kepada anda cara kami memproses maklumat mengenai anda pada laman web onlinealarmkur.com (“Laman Web”). Anda perlu memahami bahawa sepanjang penggunaan Laman Web oleh anda, anda bersetuju terhadap pemprosesan maklumat ini dan akan tertakluk mengikut Dasar Privasi.

Butiran hubungan kami

Nama: OnlineAlarmKur (trademark 2019/21580 dalam Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Turki) didaftarkan oleh Burak Özdemir, seorang usahawan individu yang didaftarkan di Turki

E-mel: burakozdemir {@} protonmail (.) ch

1. Jenis Maklumat Peribadi yang Kami Kumpulkan

Kami buat masa ini hanya mengumpul dan memproses kuki, fail log, alamat IP, cap masa, dan ejen pengguna.

2. Jenis-jenis Kuki

Laman web ini menggunakan kuki. Kuki membolehkan sistem laman web atau penyedia perkhidmatan untuk mengenalpasti pelayar web anda, merakam dan mengingati maklumat tertentu. Anda boleh melumpuhkan kuki dengan mengubah suai tetapan pelayar web anda.

Rakan kongsi pengiklanan dan pihak ketiga yang lain juga mungkin menggunakan kuki, skrip dan/atau bikon web untuk menjejak pelawat ke laman kami untuk memaparkan iklan dan maklumat berguna yang lain. Penjejakan seperti ini dilakukan secara terus oleh pihak ketiga melalui pelayar mereka sendiri dan tertakluk kepada dasar privasi mereka sendiri.

Kuki Google

Google, sebagai vendor pihak ketiga, menggunakan kuki untuk mengiklankan pada laman web. Penggunaan kuki pengiklanan oleh Google membolehkannya dan rakan kongsinya untuk memberikan iklan kepada pengguna laman web berdasarkan lawatan mereka ke laman web ini atau yang lain di Internet. Pengguna boleh memilih keluar daripada pengiklanan yang diperibadikan dengan melayari: https://www.google.com/settings/ads

Laman web ini menggunakan Google Analytics, yang turut menggunakan kuki, untuk mendapatkan lebih banyak cerapan mengenai pengguna manakala alamat IP untuk semua acara telah dijadikan tanpa nama. Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang cara Google menggunakan data apabila anda menggunakan laman atau aplikasi rakan kongsi mereka: https://www.google.com/policies/privacy/partners

Kuki Cloudflare

Laman web ini menggunakan perkhidmatan Cloudflare untuk mempertahankan dirinya daripada permintaan berniat jahat dan untuk menghalang serangan DDOS. Maklumat lanjut tentang cara Cloudflare menggunakan data: https://www.cloudflare.com/privacypolicy

Kuki Disqus

Laman web ini menggunakan Disqus yang merupakan sebuah plugin pihak ketiga untuk ciri menulis komen. Disqus boleh menyelit kuki untuk memberi maklumat kepada pelayar mereka tetant bagaimana anda menggunakan perkhidmatan mereka dan boleh mengumpul maklumat tentang alamat IP dan Ejen-Pengguna anda. Maklumat lanjut tentang Dasar Privasi Disqus: https://help.disqus.com/customer/portal/articles/466259-privacy-policy

Kuki Amazon

Amazon mungkin meletakkan kuki untuk memastikan supaya kami mendapat komisyen apabila anda membeli produk selepas mengklik pautan yang membawa anda ke laman web mereka. Maklumat lanjut tentang Dasar Privasi Amazon: https://www.amazon.com/gp/help/customer/display.html?nodeId=468496

3. Cara Kami Mendapatkan Maklumat Peribadi dan Mengapa Kami Memilikinya

Kami mengumpul data tertentu daripada anda secara automatik apabila anda menggunakan laman web kami dengan menggunakan kuki dan teknologi yang serupa. Kami menerima data dari pihak ketiga seperti penyedia analitik, rangakaian pengiklanan, penyedia maklumat carian, dan penyedia teknologi.

Kami menggunakan maklumat yang telah anda berikan kepada kami untuk menyampaikan perkhidmatan.

Kami mungkin berkongsi maklumat dengan pihak ketiga untuk mengekalkan laman web dan menyampaikan perkhidmatan.

Dasar sah yang kami sandarkan dalam memproses maklumat ini adalah kepentingan sah kami.

4. Bagaimana Kami Menyimpan Maklumat Peribadi Anda

Maklumat anda disimpan secara selamat di dalam pelayan di Belanda dan laman web dikendalikan dari Republik Turki.

Kami menyimpan semua jenis maklumat yang dikumpul dalam fail log kami selama satu minggu, dan kemudian maklumat tersebut dihapuskan secara automatik.

5. Keselamatan

Kami telah menyediakan langkah keselamatan dan organisasi untuk menghalang data peribadi anda daripada hilang secara tidak sengaja, digunakan, diubah, didedahkan, atau diakses secara tidak sah.

6. Hak Perlindungan Data Anda

Di bawah undang-undang perlindungan data, anda mempunyai hak termasuk:

Hak anda terhadap pengaksesan – Anda mempunyai hak untuk meminta kami salinan maklumat peribadi anda.

Hak anda terhadap pembetulan – Anda mempunyai hak untuk meminta kami membetulkan maklumat peribadi anda yang anda rasakan tidak tepat. Anda juga mempunyai hak untuk meminta kami melengkapkan maklumat yang anda rasakan tidak lengkap.

Hak anda terhadap penghapusan – Anda mempunyai hak untuk meminta kami menghapuskan maklumat peribadi anda dalam keadaan tertentu.

Hak anda terhadap penyekatan pemprosesan – Anda mempunyai hak untuk meminta kami menyekat pemprosesan maklumat peribadi anda dalam keadaan tertentu.

Hak anda terhadap menolak pemprosesan – Anda mempunyai hak untuk menolak pemprosesan maklumat peribadi anda dalam keadaan tertentu.

Hak anda terhadap kemudahalihan data – Anda mempunyai hak untuk meminta supaya kami memindahkan maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami kepada organisasi lain, atau kepada anda, dalam keadaan tertentu.

Anda tidak perlu membayar sebarang caj untuk menggunakan hak anda. Jika anda membuat sesuatu permintaan, kami mempunyai masa selama satu bulan untuk memberi respons kepada anda.

Sila hubungi kami di burakozdemir {@} protonmail (.) ch jika anda ingin membuat permintaan.

7. Penterjemahan Dasar Privasi

Bahasa yang mentadbir Dasar Privasi dan sebarang komunikasi dan dokumen yang berkenaan dengan Dasar Privasi, melainkan dinyatakan sebaliknya, adalah bahasa Inggeris. Jika penterjemahan digunakan sebagai tujuan rujukan, hanya yang asal dalam bahasa Inggeris mempunyai kesan dan penterjemahan tersebut tidak mempunyai sebarang kesan.

8. Cara untuk Membuat Aduan

Jika anda ada sebarang kebimbangan tentang pengunaan maklumat peribadi anda oleh kami, anda boleh membuat adukan kepada kami di burakozdemir {@} protonmail (.) ch.

Anda juga boleh membuat aduan kepada pihak perlindungan data kebangsaan anda jika anda tidak berpuas hati dengan cara kami menggunakan data anda.